Thursday, July 17, 2008

Empat Terima Sumbangan Kerusi Roda Dari Ahli Parlimen Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Empat penduduk OKU Parit Buntar menerima sumbagan kerusi roda sumbangan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Parit Buntar. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Tuan Haji Harun Hashim YDP PAS Kawasan telah sudi menyampaikan sumbangan kerusi roda di rumah penduduk OKU berkenaan.

Antara mereka adalah En. Ramli bin Saad, 48 , Haji Mat Saad bin Haji Arshad, 61, dan En. Suhamee bin Haji Saari dari Sungai Bakau. Manakala seorang lagi penerima adalah dari Tebuk Haji Musa .

En. Suhamee bin Haji Saari yang mengalami penyakit buah pinggang dan patah kedua belah paha menyebabkan sukar berjalan berkata kerusi roda yang diterimanya hari ini akan memudahkan pergerakkan beliau di dalam rumahnya, terutama semasa hendak ke bilik air.

Beliau yang ditemui di sini hari ini menyuarakan rasa syukur kerana masih ada wakil rakyat yang prihatin dengan masalah yang dialaminya.

"Dengan kerusi roda itu, mudahlah pergerakan saya di rumah," kata Haji Mat Saad bin Haji Arshad, ketika ditemui di rumahnya di sini.

ribut-0612.jpg image by paspb

Bendahari Lujnah Kebajikan Sdr. Bahrain Desa memberitahu, bantuan kesihatan seperti kerusi roda kepada penduduk yang kurang bernasib baik adalah sumbangan Lujnah Kebajikan sejak dahulu lagi. Beliau berkata, bermula Januari sehingga Jun sebanyak lebih 30 buah kerusi roda telah disumbangkan kepada penduduk OKU di Parit Buntar tidak mengira bangsa.

Lujnah Kebajikan juga menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk di Batas Ban Sawah,Sungai Kota menukar bumbung rumahnya yang bocor. Penduduk berkenaan En. Abu Bakar bin Mohd berkata, sumbangan Lujnah Kebajikan ini meringankan sedikit bebannya menampung kos menukar bumbung rumahnya itu.

ribut-0613.jpg image by paspb

Sementara itu Dr. Mujahid berkata pihaknya bersama Lujnah Kebajikan PAS Kawasan akan meneruskan program bantuan sumpama itu dalam usaha membela kehidupan golongan yang tidak bernasib baik.



sumber:http://paritbuntar.pas.org.my/

Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. -


HarakahDaily.Net

Hadiah Galakan RM 1000.00 Kepada Anak Negeri Perak

TAIPING : Kerajaan negeri Pakatan Rakyat-Perak menyatakan janji-janji dalam
manifesto akan ditunaikan secara berperingkat.

Justeru itu ,hadiah galakan RM 1000.00 kepada anak negeri Perak yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke IPTA ,ijazah pertama pada sesi tahun 2008 akan dilaksanakan.

Haji Roslan Shaharum ,sebagai Pengerusi Yayasan Perak ,menyatakan anak Perak yang mempunyai keluarga berpendapatan RM1500.00 layak untuk memohon.

Biasiswa rakyat ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Perak dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Roslan Shaharum menyatakan borang permohonan akan diproses secepat mungkin.Harapan Roslan Shaharum cek dapat dikeluarkan dalam tempoh tiga hari.

Jikalau borang permohonan belum didapati di daerah,diharap bersabar Yayasan Perak dalam proses menghantar borang ke Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat.

Biasiswa Rakyat ini terbuka untuk semua kaum yang layak.

Sementara itu mereka yang berpendapatan lebih RM1500.00 boleh dipertimbangkan. Namun mempunyai kriteria tertentu seperti anak yang ramai serta bersekolah, mempunyai keluarga OKU.

Roslan Shaharum menyatakan tiada terhad peruntukan,ini berdasarkan jumlah anak Perak yang berjaya ke IPTA.

Harapan kami rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang menyatakan Kerajaan Perak memungkiri janji. Janji tetap ditunai berdasarkan peruntukan undang-undang.

Bersabarlah kita baru memerintah .

Sumber : YB Roslan Shahrum

Friday, July 11, 2008

Anak negeri Perak di UK,Ireland tubuh Gemarak

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Golongan pelajar, profesional dan rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom berjaya menubuhkan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland (Gemarak).

Gabungan tersebut telah dilancarkan di Manchester,United Kingdom pada Jun lalu hasil perbincangan bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perak, Asmuni Awi dan sehingga kini mempunyai 35 orang ahli.

Gemarak diketuai penuntut pengajian doktot falsafah University of Wales, Lampeter, Muhaimin Sulam dan Raja Idris Raja Kamaruddin sebaga Penasihat Gemarak.

Menurut Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Gemarak ditubuhkan sejurus selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan ura-ura pembentukan sebuah kerajaan campuran di Perak.

Bagaimanapun katanya pengumuman penubuhannya ditangguhkan selepas keputusan mesyuarat jawatankuasa penajanya yang ingin melihat perkembangan perjalanan Kerajaan Perak yang ada sebelum memberi komitmen untuk menyokongnya.

Jelasnya, jawatankuasa penaja bersetuju untuk meneruskan penubuhannya setelah melihat kejayaan Dato' Seri Nizar memimpin negeri dengan telus, adil dan saksama dan berwawasan.

"Gemarak telah menyatakan komitmen mereka untuk membantu kerajaan baru Perak dalam pelbagai bidang. Kira-kira 10 ahli di kalangan Gemarak dijangka menamatkan pengajian pertengahan tahun ini dan dijangka akan kembali ke tanahair.

"Kebanyakan daripada kalangan mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang profesional yang boleh membantu kerajaan negeri Perak yang baru mentadbir kerajaan selaras dengan matlamat dan situasi politik semasa di Perak,"katanya.

Raja Ahmad menyatakan Gemarak hanya akan bersifat sebagai badan penyokong kerajaan negeri Perak yang menyalurkan input berupa informasi dan bersifat bebas dari sebarang pengaruh kepartian dan sentimen tertentu.

Jelasnya, sebagai permulaan, sebuah 'think tank' akan menjadi mekanisme utama sebagai pemangkin kepada pengembelengan idea dan pandangan anak-anak Perak di perantauan memberikan pandangan dan cadangan kepada kerajaan Perak.

Sehubungan itu katanya, pihak Gemarak akan membuka keahlian khususnya kepada anak-anak Perak yang berada di United Kingdom dan Ireland untuk mendaftarkan diri tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik .

Untuk pendaftaran dan latar belakang penubuhan bolehlah didapati dengan menghubungi gemarak2008@yahoo.co.uk.

sumber:© HarakahDaily.NetAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya