Friday, July 11, 2008

Anak negeri Perak di UK,Ireland tubuh Gemarak

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Golongan pelajar, profesional dan rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom berjaya menubuhkan Generasi Ilmuan Perak United Kingdom dan Ireland (Gemarak).

Gabungan tersebut telah dilancarkan di Manchester,United Kingdom pada Jun lalu hasil perbincangan bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Perak, Asmuni Awi dan sehingga kini mempunyai 35 orang ahli.

Gemarak diketuai penuntut pengajian doktot falsafah University of Wales, Lampeter, Muhaimin Sulam dan Raja Idris Raja Kamaruddin sebaga Penasihat Gemarak.

Menurut Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Gemarak ditubuhkan sejurus selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan ura-ura pembentukan sebuah kerajaan campuran di Perak.

Bagaimanapun katanya pengumuman penubuhannya ditangguhkan selepas keputusan mesyuarat jawatankuasa penajanya yang ingin melihat perkembangan perjalanan Kerajaan Perak yang ada sebelum memberi komitmen untuk menyokongnya.

Jelasnya, jawatankuasa penaja bersetuju untuk meneruskan penubuhannya setelah melihat kejayaan Dato' Seri Nizar memimpin negeri dengan telus, adil dan saksama dan berwawasan.

"Gemarak telah menyatakan komitmen mereka untuk membantu kerajaan baru Perak dalam pelbagai bidang. Kira-kira 10 ahli di kalangan Gemarak dijangka menamatkan pengajian pertengahan tahun ini dan dijangka akan kembali ke tanahair.

"Kebanyakan daripada kalangan mereka mempunyai pengalaman dan latar belakang profesional yang boleh membantu kerajaan negeri Perak yang baru mentadbir kerajaan selaras dengan matlamat dan situasi politik semasa di Perak,"katanya.

Raja Ahmad menyatakan Gemarak hanya akan bersifat sebagai badan penyokong kerajaan negeri Perak yang menyalurkan input berupa informasi dan bersifat bebas dari sebarang pengaruh kepartian dan sentimen tertentu.

Jelasnya, sebagai permulaan, sebuah 'think tank' akan menjadi mekanisme utama sebagai pemangkin kepada pengembelengan idea dan pandangan anak-anak Perak di perantauan memberikan pandangan dan cadangan kepada kerajaan Perak.

Sehubungan itu katanya, pihak Gemarak akan membuka keahlian khususnya kepada anak-anak Perak yang berada di United Kingdom dan Ireland untuk mendaftarkan diri tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik .

Untuk pendaftaran dan latar belakang penubuhan bolehlah didapati dengan menghubungi gemarak2008@yahoo.co.uk.

sumber:© HarakahDaily.NetAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

5 comments:

wan said...

salam untuk semua
sebelum menulis lebih lanjut izinkan saya mengucapkan tahniah diatas tertubuhnya laman blog ini,semoga dapat memberi maklumat untuk semua
1)ok disini nak tanya ada tak sesiap berminat buat niaga,pakaian terpakai atau barang terpakai dari uk ke malaysia
2)camana cara nak berhijrah kesana
kalau ada siapa2 yang berminat tu lehla hubungi saya diemail
uk_bundle@yahoo.com
hafzan323@yahoo.com
ok...salam

miejack said...

che wan...
saya rasa elok kiter concentrate nak bangunkan PERAK dulu...
saya taknak ketelusan yg sedia ada sekejap ajer..
takbir!!!

miejack said...

SAYA HARAP GEMARAK AKAN MEMBAWA FIKRAH ISLAM SEPERTI YG TELAH NABI SAW SABDAKAN 1500 TH DULU...
"ASLIM TASLAM.." MAKSUDNYA
ISLAMLAH KAMU NESCAYA KAMU SELAMAT..

SINCE ISLAM IS A WAY OF LIVE, WE MUST IMPLEMENT IT AT A SOONEST TIME. COZ WE OR THE STATES BELONGS TO ALLAH TAALA.. WORRYING ME IF WE DELAY TO IMPLEMENT IT, IT IS JUST LIKE WE DELAYING THE SOLAH...NERAKA WAIL. NA'UZUBILLAH.

I DON'T KNOW.. THIS IS ONLY MY VIEW. IT WAS 50 YEARS DELAYED BY UMNO.. PITY TO ISLAM.

Abu Ihsan said...

Tahniah.
Jangan semangat awal aje. Oleh kerana blog ini telah diumumkan, silalah update selalu.

Dapat baca aktiviti harian profesional Perak di UK pun ok apa. Sambil2 lontarkan idea untuk kerajaan negeri.

Wassalam

hafizfp8 said...

salam untuk perakians..
tahniah atas usaha kalian untuk menubuhkan persatuan ini...saya pun anak PERAK juga yang sayangkan negeri yg tercinta..saya student di FRANCE..boleh saya join club ni?