Tuesday, August 5, 2008

Pemuda PAS Perak buat aduan polis terhadap kenyataan Tajol Rosli

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa semalam telah membuat satu laporan polis terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Tajol Rosli Ghzali sebagaimana yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 29 Julai lalu di Pejabat Polis Ipoh (IPK) dan meminta pihak polis menyiasat terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai satu bentuk rasuah apabila bekas Menteri Besar Perak itu mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak yang lebih kukuh.

"Umno Perak mengajak PAS bentuk kerajaan dan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar. Tidakkah ia menggambarkan satu bentuk rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997?" katanya.

Kenyataan Tajol Rosli itu juga menyebut Umno Perak bersedia membenarkan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar Perak dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

"Sebelum ini pemimpin kanan Umno begitu marah apabila ada cadangan anggota parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat, tetapi ternyata kini pimpinamn tertinggi Umno Perak yang dilihat cuba melakukan 'rasuah' dengan mempelawa wakil rakyat PAS bergabung dengan Umno," ujar beliau.

"Mengambil kira aspek tersebut Dewan Pemuda PAS Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan sebagai berunsur rasuah," tegasnya.

"Berdasarkan kenyataan itu jelas menunjukkan terdapatnya unsur 'tawaran jawatan' yang boleh disifatkan sebagai rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya.

Ustaz Norazli menyifatkan kenyataan itu seumpama orang yang sudah tersepit dan mengharapkan pertolongan orang lain, sekali gus menggambarkan kekecewaan yang amat sangat yang dirasai oleh Umno Perak lantaran kehilangan kuasa memerintah negeri ini.

Tindakan itu juga menurut beliau menggambarkan cita cita sebenar Umno Perak yang masih berhasrat untuk berkuasa walaupun sudah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12 baru baru ini, jelas beliau. - Johari Jaafar


--HarakahDaily.Net

Perak sediakan RM2 juta bantu pelajar ke IPTA

Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan RM2 juta membantu pelajar di negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Melalui peruntukan ini peruntukan ini ibubapa yang berpendapatan RM1500 sebulan layak mendapatkannya, kata Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

"Kita cuma dapatkan sediakan RM2 juta untuk membantuqan anak anak Perak melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi keluarga yang berpendapatan RM1500 sebulan.Inilah yang kita mampu berikan untuk tahun ini dan bantuan ini akan dikendalikan Yayasan Perak."

Muhammad Nizar Jamaluddin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa kepada 55 orang pertama yang terpilih di sini Sabtu 26 Julai.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Yayasan Perak, Roslan Shahrom; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul. Rahman Hashim; Exco pengajian ImageTinggi, Thomas Su; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Perak; Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim; Pengurus Besar Yayasan Perak, Jamil Mat Kasa; Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perak, Mohd Idris Ramli, dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, yayasan akan bertindak adil dalam menyalurkan bantuan tersebut tanpa mengira ideologi politik dan kaum.

Yayasan katanya tidak memilih kasih dan bantuan ini diberikan sebagai penghormatan kepada mereka yang telah berjaya.

"RM2 juta ini adalah peruntukan dari belanjawan tambahan dari kerajaan yang baru kerana kita amat perihatin dengan permasalahan rakyat kesan dari kenaikan harga minyak," jelasnya. --Johari Jaafar | Foto Nasir Sudin

--HarakahDaily.Net