Friday, September 19, 2008

Memohon sumbangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam

TELUK INTAN, 19 Sept (Hrkh) - Pihak Jawatankuasa Pembinaan Pembinaan Masjid KM4, Sri Taman Cicely, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan merayu kepada orang ramai agar dapat memberi sumbangan berupa wang derma, sedekah, wakaf, dan zakat untuk pembinaan masjid tersebut.

Lokasi tapak masjid tersebut ialah di Jalan Changkat Jong, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Perwira dan Hospital Teluk Intan di atas tanah seluas 5.4 ekar. Anggaran kos pembinaan masjid ialah RM19.6 juta.

Menurut setiausaha jawatankuasa pembinaan masjid tersebut, Haruddin Imam Turmudi, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah meluluskan cadangan pembinaan masjid dan kompleks balai Islam di dalam fail Bil (48) JAIP/BPM/10/Jld.2 bertarikh 22 Mac 2007.

Pihak jawatankuasa juga telah mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk memungut wang bagi tujuan tersebut dalam fail MAIAMP/05-PD/0066-M.

Di samping itu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri juga telah meluluskan pelepasan cukai bagi setiap penderma pembinaan masjid ini.

Katanya, sudah lama penduduk Taman Cicely, Batu 4 dan kawasan sekitarnya menggunakan Surau Hidayatul Islamiyah Taman Cicely (surau mendirikan Jumaat) sebagai tempat mendirikan solat Jumaat.

Pembinaan banyak projek perumahan menyebabkan surau tersebut tidak lagi mampu menampung bilangan penduduk di kariah ini menunaikan solat

Mereka berharap dengan terbinanya masjid dan balai Islam itu nanti akan dapat memberikan keselesaan kepada para jamaah menunaikan solat.

Sehubungan itu, sempena bulan Ramadan al-Mubarak, beliau menyeru orang ramai berlumba-lumba mencari kebajikan dengan menghulurkan sumbangan derma, zakat atau wakaf bagi pembinaan masjid dan kompleks balai Islam tersebut.

Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Pengerusi, Hasan Iddar di talian 05-6224872 / 019-3309114, ataupun setiausahanya Haruddin Imam Turmudi di talian 05-6223487 / 012-4642669.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh juga menyaluran derma terus ke akaun BIMB Cawangan Teluk Intan A/C No : 8031010036467. -

2 comments:

lanterajiwa said...

Tempahan T-Shirt KERANDA 152

Informasi t-shirt :

* Saiz XS, S, M, L dan XL.
* Cetakan bersaiz A4 (depan sahaja).
* T-shirt terdapat 2 color sahaja iaitu putih dan hitam.


T-shirt warna putih

* Cetakan 2 warna (Maroon & Hitam)
* Harga : RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


T-shirt warna hitam

* Cetakan 2 Warna (Merah & Putih)
* Harga : RM 27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Kos biaya hantar

* RM 5.00 (semenanjung Malaysia)


Bayaran boleh dibuat di Maybank 1580 6001 3854 (Meor Khairol Nizam)

Emailkan ke lanterajiwa@gmail.com
nama, alamat penghantaran, saiz, no. telefon dan bukti pembayaran (attach)...

http://lantera-jiwa.blogspot.com

wan said...

dah kerajaan pr dah tumbang
itula kuasa duit,politik malaysia adalah politik toyol.tambah2 ade lagi rejim jakun bn,