Thursday, July 17, 2008

Empat Terima Sumbangan Kerusi Roda Dari Ahli Parlimen Parit Buntar


PARIT BUNTAR : Empat penduduk OKU Parit Buntar menerima sumbagan kerusi roda sumbangan Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Parit Buntar. Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Tuan Haji Harun Hashim YDP PAS Kawasan telah sudi menyampaikan sumbangan kerusi roda di rumah penduduk OKU berkenaan.

Antara mereka adalah En. Ramli bin Saad, 48 , Haji Mat Saad bin Haji Arshad, 61, dan En. Suhamee bin Haji Saari dari Sungai Bakau. Manakala seorang lagi penerima adalah dari Tebuk Haji Musa .

En. Suhamee bin Haji Saari yang mengalami penyakit buah pinggang dan patah kedua belah paha menyebabkan sukar berjalan berkata kerusi roda yang diterimanya hari ini akan memudahkan pergerakkan beliau di dalam rumahnya, terutama semasa hendak ke bilik air.

Beliau yang ditemui di sini hari ini menyuarakan rasa syukur kerana masih ada wakil rakyat yang prihatin dengan masalah yang dialaminya.

"Dengan kerusi roda itu, mudahlah pergerakan saya di rumah," kata Haji Mat Saad bin Haji Arshad, ketika ditemui di rumahnya di sini.

ribut-0612.jpg image by paspb

Bendahari Lujnah Kebajikan Sdr. Bahrain Desa memberitahu, bantuan kesihatan seperti kerusi roda kepada penduduk yang kurang bernasib baik adalah sumbangan Lujnah Kebajikan sejak dahulu lagi. Beliau berkata, bermula Januari sehingga Jun sebanyak lebih 30 buah kerusi roda telah disumbangkan kepada penduduk OKU di Parit Buntar tidak mengira bangsa.

Lujnah Kebajikan juga menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk di Batas Ban Sawah,Sungai Kota menukar bumbung rumahnya yang bocor. Penduduk berkenaan En. Abu Bakar bin Mohd berkata, sumbangan Lujnah Kebajikan ini meringankan sedikit bebannya menampung kos menukar bumbung rumahnya itu.

ribut-0613.jpg image by paspb

Sementara itu Dr. Mujahid berkata pihaknya bersama Lujnah Kebajikan PAS Kawasan akan meneruskan program bantuan sumpama itu dalam usaha membela kehidupan golongan yang tidak bernasib baik.



sumber:http://paritbuntar.pas.org.my/

No comments: